Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENERIMA LAWATAN INDUKSI DARI 12th BRUNEI-SINGAPORE DEFENCE SCHOLARS DEVELOPMENT PROGRAMME 2022

107.jpgPenanjong Garison, Selasa, 02 Ogos 2022 - Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah menerima lawatan induksi penerima biasiswa-biasiswa dari The 12th Brunei-Singapore Defence Scholars Development Programme 2022. Lawatan induksi ini adalah pengenalan bagi penerima biasiswa-biasiswa Kementerian Pertahanan Brunei Darussalam dan Angkatan Bersenjata Singapura sebelum mereka memulakan kerjaya mereka dalam kementerian masing-masing.

Lawatan dimulakan dengan kunjungan ke Training Simulation Centre (TSC) yang mana, kata alu-aluan telah disampaikan kepada biasiswa-biasiswa oleh Yang Mulia Lt Kol Amirul Adly bin Haji Ali, Pemangku Timbalan Komandan IL ABDB. Mereka juga diberi pengenalan ringkas mengenai IL ABDB disampaikan oleh Yang Mulia Kpt Nurhamizah binti Haji Kasim, Penolong Ketua Jurulatih dan Pengenalan ringkas mengenai Royal Brunei Technical Services (RBTS) oleh Yang Mulai Amar Dini bin Hj Md Agus Din, Pegawai Pengendali TSC.

Semasa di TSC, biasiswa-biasiswa berpeluang untuk menggunakan fasilitis simulasi dan menyaksikan simulasi mariam katak. Seterusnya mereka dibawa ke Moving Turning Target (MTT) di Padang Tembak Binturan dan berpeluang menembak senjata M16 secara fizikal.

Lawatan diteruskan dengan jamuan tengahari yang dihoskan oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan IL ABDB, diteruskan dengan sesi penyampaian cenderahati di antara rombongan dan Komandan IL ABDB, kemudiannya diakhiri dengan sesi bergambar ramai.


TRAINING INSTITUTE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES RECEIVED INDUCTION VISIT FROM 12th BRUNEI-SINGAPORE DEFENCE SCHOLARS DEVELOPMENT PROGRAMME 2022

Penanjong Garisson, Tuesday, 02 August 2022 – Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF) received an induction visit from the scholars of the 12th Brunei-Singapore Defence Scholars Development Programme 2022. The visit served as an introduction for the scholars from the Ministry of Defence, Brunei Darussalam and the Singapore Armed Forces prior to starting their careers in their respective ministries.

The programme started with a visit to the Training Simulation Centre (TSC) with Welcoming Remarks was given by Yang Mulia Lt Col Amirul Adly bin Haji Ali, Acting Deputy Commandant TI RBAF, a brief introduction on TI RBAF by Yang Mulia Cpt Nurhamizah binti Haji Kasim, Assistant Chief Instructor while a brief introduction on the Royal Brunei Technical Services (RBTS) delivered by Yang Mulia Amar Dini bin Hj Md Agus Din, the TSC Operating Officer.

At the TSC, the scholars had the opportunity to experience the shooting simulation, and witnessing a mortar simulation. They then proceeded to the Moving Turning Target (MTT) at Binturan Shooting Range and was given the chance to shoot an actual M-16 rifles.

The visit continued with a luncheon hosted by Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Commandant TI RBAF, proceeded with an exchange of gifts between the visiting delegation and Commandant of TI RBAF and then concluded with a group photo session.


105.jpg

104.jpg


106.jpg


107.jpg


108.jpg


109.jpg


110.jpg


111.jpg