Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENUTUP KURSUS PENYELIA KESIHATAN, KESELAMATAN KERJA (KKK) SIRI 3/2022 ABDB TAHUN 2022

photo_2022-08-01_21-36-39.jpgPENANJONG GARISON, RABU 27 JULAI 2022 – Kursus Penyelia Kesihatan dan Keselamatan Kerja (KKK) Siri 3/2022 telah selesai dikendalikan oleh Sel Inspektorat, Markas Institut Latihan ABDB. 

Kursus tersebut telah dilaksanakan bermula pada hari Isnin, 25 Julai 2022 hingga hari Rabu, 27 Julai 2022 dan ianya telah dijalankan dengan bantuan tenaga pengajar, Yang Mulia PW1 (B) Pengiran Ali bin Pengiran Haji Metassan, Jurutera Kanan, Unit Inspekorat ABDB.

Seramai 48 anggota  unit-unit ABDB dan Pasukan Simpanan Gurkha telah menghadiri kursus tersebut yang bertujuan untuk memberi kesedaran hal ehwal KKK agar boleh mengurangkan risiko terjadinya kemalangan, kecederaan dan bahaya di tempat kerja.


photo_2022-08-01_21-36-35.jpg

KURSUS KKK4.jpg