Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN PENUTUPAN KURSUS BAGI KURSUS KERANI KANAN SESI 2022

01.pngPenanjong Garison, hari Khamis, 16 Zulkaedah 1443H bersamaan dengan 16 Jun 2022 – Majlis Penutupan Kursus Kerani Kanan Sesi 2022 yang telah dikendalikan oleh Cawangan Latihan Kerani, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan ABDB telahpun selesai dan sempurna dijalankan sepertimana yang telah dirancang bertempat di Blok 165, Tingkat 2, Kuatermaster Lab, Cawangan Latihan Logistik Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan ABDB.


Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah 592 Leftenan Kolonel (U) Pengiran Haji Mohamed Khairul Arifin bin Pengiran Haji Md Salleh, Pegawai Turus Keanggotaan, Kementerian Pertahanan.   Turut hadir bersama Pegawai Pemerintah Sekolah Pertukangan Tentera, Pemangku Ketua Cawangan Latihan Kerani, Ketua-ketua Cawangan serta para jemputan khas.

Kursus Kerani Kanan Sesi 2022 ini telahpun dijalankan selama 5 minggu, bermula pada 13 Mei 2022 hingga 16 Jun 2022.   Kursus ini merupakan kursus mandatori dan kesinambungan daripada Kursus Lanjutan Kerani.   Seramai 28 anggota PTB Kanan yang berpangkat Sarjan telahpun berjaya menamatkan kursus ini dengan jaya, diantaranya terdiri dari 08 anggota daripada unit Tentera Darat Diraja Brunei, 01 anggota daripada Tentera Laut Diraja Brunei, Tentera Udara Diraja Brunei seramai 08 anggota, 02 anggota daripada Institut Latihan ABDB, 08 anggota terdiri daripada Kementerian Pertahanan dan 01 anggota daripada unit Akedemi Pertahahan ABDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al – Fatihah dan diselajurkan dengan bacaan ayat suci Al – Quran, iaitu Surah Al – Hujurat bermula ayat 10 hingga ayat 13 yang dibacakan oleh 18831 Sjn (U) Musa bin Haji Sahat dan diikuti dengan ucapan pencapaian kursus yang disampaikan oleh 21238 PW2 Hjh Norhati binti Hj Brahim selaku Ketua Pengendali Kursus.   Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil-sijil dan ucapan dari Yang Mulia Tetamu Kehormat serta diselajurkan dengan menutup rasmi Kursus Kerani Kanan Sesi 2022.

Dalam ucapan yang dinyatakan oleh Yang Mulia Tetamu Kehormat dalam majlis berkenaan, Kursus Kerani Kanan ini mempunyai tahap pendidikan atas bagi pengetahuan tambahan mengikut susunan silibus yang telah dikemaskini oleh Cawangan Latihan Kerani berpandukan Struktur Perkembangan Kerjaya (SPK 2011) selaras dengan perkembangan vokasyen perkeranian.   Kursus ini menitik beratkan kesinambungan mengikut bahan rujukan iaitu Perintah AM ABDB dan berpandukan Staff Duties.   Yang Mulia Tetamu Kehormat juga menekankan semua anggota kerani hendaklah mempunyai profesionalisma yang tinggi selaras dengan nilai-nilai teras Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan konsisten dalam menjalankan tugas.

Diantara anggota-anggota yang terpilih menjadi penuntut terbaik semasa majlis berkenaan adalah terdiri daripada 03 anggota unit Tentera Udara Diraja Brunei yangmana Penuntut Terbaik Akedemik disandang oleh 21522 Sjn Maizirah binti Mohamad, 18839 Sjn (U) Mohd Arif bin Hj Mohamad Yusof menyandang sebagai Penuntut Terbaik Amali dan Penuntut Terbaik Kertas Kerja disandang oleh 18831 Sjn (U) Musa bin Haji Sahat.   Manakala Penuntut Terbaik Pembentangan disandang oleh 21433 Sjn Umikalsum binti Hj Abdullah daripada unit Askar Simpanan Melayu Diraja Brunei.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup yang dibacakan oleh 18946 Sjn Muhd Arif Saifullah bin Abdullah dan diteruskan dengan sesi bergambar ramai serta menandatangani lembaran kenanga

.

02.png

03.png

06.png05.png08.png07.png