Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENUTUP KURSUS SAT PRACTITIONER SIRI 3/2022

WhatsApp Image 2022-06-16 at 12.50.07 PM.jpegPenanjong Garison, Rabu, 15 Jun 2022 – Majlis Penutup Kursus System Approach to Traning (SAT) Practitioner siri 3/2022 yang dikendalikan oleh Cawangan Perkembangan Pembentukan Latihan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (CPPL IL ABDB) telah sempurna dilaksanakan di Pusat Evolusi IL ABDB.

Kursus SAT Practitioner siri 3/2022 bertujuan untuk melatih semua Pegawai-Pegawai, jurulatih-jurulatih dan anggota-anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) supaya berkebolehan dan professional serta dapat merangka dan merancang kursus dengan baik dan efektif dengan menggunakan kaedah SAT mengikut tatacara yang betul.

Kursus ini dikendalikan selama lapan (08) hari bermula pada 06 Jun 2022 hingga 15 jun 202. Seramai sepuluh (10) peserta kursus telahpun berjaya menamatkan kursus ini yang terdiri daripada dua (2) anggota daripada TDDB, satu (1) anggota daripada Kementerian Pertahanan dan tujuh (7) anggota daripada Institut Latihan ABDB.

Kursus tersebut merangkumi tiga (3) bahagian iaitu Training Requirement Authority (TRA) – Analysis, Training Delivery Authority (TDA) – Design dan Training Provider (TP) – Delivery. Aktiviti berkumpulan dijalankan bagi memudahkan peserta kursus untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai setiap subjek yang disampaikan iaitu seperti membuat Job Scalar, Learning Scalar, Operational Performance Statement, Instructional Specification, Assessment Specification dan peserta kursus juga telah membuat ulangkaji secara maya untuk persiapan awal mereka sebelum menjalani ujian SAT.

Majlis telah disempurnakan oleh Yang Mulia Mejar Shahrul Amirul Iqbal bin Haji Sharbini, Pemangku Pegawai Turus 2 Cawangan Perkembangan Pembentukan Latihan IL ABDB selaku Tetamu Kehormat Majlis.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diwakli oleh peserta kursus iaitu 19767 Kpl Khairul Azmi bin Sabli. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan penutup daripada Tetamu Kehormat majlis. Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup dan sesi bergambar ramai.

WhatsApp Image 2022-06-16 at 12.50.08 PM.jpeg

WhatsApp Image 2022-06-16 at 12.51.51 PM.jpeg