Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

KEMPEN KEBERSIHAN DI SEKOLAH RENDAH BINTURAN, PENANJONG GARISON

58.jpgPenanjong Garison – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) hari ini mengadakan Kempen Kebersihan di Sekolah Rendah Binturan, Penanjong Garison. Ianya adalah salah satu aktiviti kemasyarakatan yang diadakan sempena Sambutan Hari Ulang Tahun IL ABDB yang ke 53. Kempen kebersihan tersebut dijalankan selama 02 hari iaitu pada hari Selasa, 07 Jun 2022 dan hari Khamis, 09 Jun 2022.

kempen kebersihan tersebut merupakan salah satu aktiviti kemasyarakatan yang diungkayahkan oleh IL ABDB. Dengan adanya aktiviti kemasyarakatan seperti ini, ianya diharap akan memupuk sikap kerjasama dan perpaduan di kalangan anggota IL ABDB serta meningkatkan tahap kesedaran sebagai usaha untuk pembangunan keperibadian anggota-anggota. Ianya juga sekaligus sebagai sumbangan kebajikan yang bermanfaat kepada masyarakat.

Hadir menyertai kempen kebersihan tersebut ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan IL ABDB, Yang Mulia Cikgu Hazibah bte Haji Abd Manan, Guru Besar Sekolah Rendah Binturan dan Yang Mulia Cikgu Hajah Latipah bte Hj Sahari, Guru Besar Sekolah Ugama Binturan serta guru-guru dan kakitangan sekolah.

CLEANING CAMPAIGN AT BINTURAN PRIMARY SCHOOL, PENANJONG GARRISON

Penanjong Garrison – Training Institute, Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF) held a cleaning campaign at Binturan Primary School, Penanjong Garrison on 7th and 09th June 2022 in conjunction with TI RBAF 53rd anniversary.

The cleaning campaign is one of the initiatives under community programs organised by TI RBAF to enhance teamwork and cooperation amongst its personnel and also an avenue for TI RBAF in providing assistance to the community.

Present during the cleaning campaign was Yang Mulia Lieutenant Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Commandant TI RBAF. Also present were Yang Mulia Cikgu Hazibah bte Haji Abdul Manan, Principle of Binturan Primary School, Yang Mulia Cikgu Hajah Latipah bte Haji Sahari, Principle of Binturan Religious School as well as the teachers and staffs of the school.


58.jpg


59.jpg


60.jpg