Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS KHATAM AL-QUR’AN SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI YANG KE - 53

50.jpgPenanjong Garison, Jumaat, 03 Jun 2022 - Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) hari ini telah mengadakan Majlis Khatam Al-Qur'an sempena Sambutan Hari Ulang Tahun IL ABDB yang ke - 53 bertempat di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison. Hadir di majlis ini adalah Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan IL ABDB. Turut hadir memeriahkan majlis tersebut ialah Pegawai - Pegawai Kanan, Pegawai - Pegawai dan warga IL ABDB.

Peserta Khatam seramai 53 anggota terdiri daripada anggota-anggota IL ABDB telah membuat pembacaan Al-Qur'an disepanjang bulan Ramadhan dan Syawal bersempena sukut baik Hari Ulang Tahun yang ke – 53 tahun. Majlis dimulakan dengan Tazkirah yang disampaikan oleh 17716 Sarjan Mohd Hadri bin Ismail, Imam Jabatanarah Agama ABDB dengan tajuk 'Kekuatan Iman & Taqwa Dalam Menjalani Tugas Sebagai Tentera'. Majlis Khatam Al-Qur'an seterusnya dimulakan dengan bacaan surah - surah Khatam Al-Qur'an, bacaan Takhtim dan Tahlil, Selawat Tafrijiyyah serta laungan Dikir Marhaban beramai - ramai diikuti dengan penyampaian bunga telur dan cenderahati kepada peserta-peserta Khatam Al-Qur'an.

Majlis kemudian diteruskan dengan Solat Sunat Dhuha dan diikuti dengan bacaan doa kesyukuran di atas kesempurnaan acara kemuncak Hari Ulang Tahun ABDB ke - 61 dan laungan selawat beramai-ramai sebelum disempurnakan dengan doa penutup majlis.


TRAINING INSTITUTE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES HELD KHATAM AL-QURAN CEREMONY IN CONJUNCTION WITH THE TRAINING INSTITUTE 53RD ANNIVERSARY

Penanjong Garisson, Friday, 03 June 2022 - Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF) held a Khatam Al-Qur'an Ceremony in conjunction with the TI RBAF's 53rd Anniversary Celebration at Surau Al-Hikmah, Penanjong Garrison. Present at the ceremony was Yang Mulia Lieutenant Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Commandant of TI RBAF. Also present were Senior Officers, Officers and members of the TI RBAF.

A total of 53 participants participated during the Khatam Al-Qur'an to commemorate TI RBAF's 53rd Anniversary, consisting of personnel from the TI RBAF which has completed the recital of Al-Qur'an throughout the month of Ramadhan and Syawal. The ceremony began with a Tazkirah by 17716 Sergeant Mohd Hadri bin Ismail, Imam from the RBAF Religious Directorate titled "The Strength of Faith and Taqwa in Carrying out Duties as a Soldier". Khatam Al-Qur'an Ceremony began with the recitation of surah Khatam Al-Qur'an, followed by Takhtim and Tahlil, Selawat Tafrijiyyah, Dikir Marhaban and presenting bunga telur and souvenirs to the participants.

The ceremony then concluded with Dhuha Prayer followed by the recitation of Doa Kesyukuran on the successful conduct of the RBAF 61st Anniversary celebration and selawat before ending with the closing prayer.


51.jpg


52.jpg


53.jpg


54.jpg


55.jpg