Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

KEMPEN DERMA DARAH SEMPENA JUBLI INTAN ABDB

kempen derma darah sempena JI.jpeg

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 11 Januari 2022 – Sempena dengan Sambutan Jubli Intan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Kempen Derma Darah bagi peringkat Institut Latihan ABDB (IL ABDB) telah diteruskan lagi selama 2 hari pada 10 dan 11 Januari 2022 yang bertempat di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS). 

Seramai 11 anggota IL ABDB telah hadir menyertai kempen tersebut pada 10 Januari 2022, manakala 20 anggota lagi telah hadir pada 11 Januari 2022. Kempen ini adalah sebagai salah satu projek kemasyarakatan yang bertujuan untuk memberikan sokongan dan meningkatkan kesedaran dan keprihatinan warga ABDB kepada masyarakat dengan menyumbangkan serta membantu menambahkan lagi simpanan tabung darah negara. Di samping itu, kempen tersebut juga dapat menanamkan sifat beramal jariah dan tanggungjawab sosial kepada anggota-anggota tentera. 
kempen derma darah sempena JI 3.jpeg
kempen derma darah sempena JI 2.jpeg