Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

PENYERAHAN DERMA KEPADA ANAK YATIM INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

ank yatim.png

KAMPONG PERPINDAHAN LAMBAK KANAN, BERAKAS, BRUNEI-MUARA - Rabu, 12 Mei 2021 – Kompeni Rekrut Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah diamanahkan untuk menyerahkan derma kepada anak yatim bekas anggota Rekrut Pengambilan 132 yang pernah mengikuti Latihan Asas Ketenteraan di Kompeni Rekrut IL ABDB pada tahun 2007.

Derma tersebut telah diserahkan kepada Mohd Khairuddin bin Tarizan anak kepada Allahyarham 18205 Rek Tarizan bin Tinggal oleh  Yang Mulia Kapten (U) Mohd Yusran bin Isak selaku Pegawai Pengambilan Kompeni Rekrut IL ABDB bertempat di rumah kediaman penerima derma yang beralamat No.6 Simpang 83, Kampong Perpindahan Lambak Kanan, Brunei-Muara.