Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN DAN CERAMAH KHAS PERINGKAT GARISON

Nuzul 1.jpeg

PENANJONG GARISON, Isnin 3 Mei 2021 – Sambutan Nuzul Al-Quran dan Ceramah Khas Peringkat Garison telah diadakan di Surau Al Hikmah, Penanjong Garison. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Komandan Institut Latihan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Yang Mulia 18179 Kpl Haji Khairul Ariffin bin Rosli dari Kompeni Rekrut IL ABDB diikuti dengan sembahyang fardhu Zuhor berjemaah dan seterusnya bacaan Wirid dan Doa yang diimamkan oleh Yang Mulia Imam Muhd Syakir Farhan bin Haji Omar.

Manakala Ceramah Khas bertajuk “Al-Quran Asas dan Pemangkin Pembangunan Negara” telah disampaikan oleh penceramah undangan, Yang Mulia Ustaz Haji Zainal bin Haji Othman. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah undangan oleh Tetamu Kehormat diikuti dengan laungan selawat dan doa penutup. 
nuzul 2.jpeg
nuzul 4.jpeg
nuzul 3.jpeg
nuzul 5.jpeg
nuzul 6.jpeg