Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

LAWATAN YANG MULIA TIMBALAN SETIAUSAHA TETAP KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN KE INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

WhatsApp Image 2021-04-09 at 11.39.13 AM.jpeg

PENANJONG GARISON - Khamis, 08 April 2021 - Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah menerima lawatan daripada Yang Mulia Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebeliaan dan Kesukanan), Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan. 

Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Yang Mulia Dayang Fauziah binti Haji Salleh, Penolong Pengarah Pusat Pembangunan Belia, Yang Mulia Awang Haji Saiful Rizal Bin Haji Ariffin, Pegawai Latihan Pusat Pembangunan Belia, Yang Mulia Awang Haji Ruslan Bin Haji Kurus, Penolong Pegawai Latihan Pusat Pembangunan Belia dan Yang Mulia Nelson Lipa Juna (pekerja tingkat 1, Pusat Pembangunan Diri). 

Aturcara lawatan dimulakan dengan sesi taklimat mengenai struktur organisasi IL ABDB diikuti dengan taklimat mengenai Cawangan Latihan Memandu, Sekolah Pertukangan Tentera IL ABDB oleh 580 Kpt Hj Harries bin Hj Musa, selaku Ketua Cawangan. Lawatan diteruskan dengan menyaksikan pameran dan demonstrasi memandu di Pejabat Kenderaan IL ABDB. 

Adapun tujuan lawatan tersebut untuk melihat serta mengetahui struktur dan tatacara pengendalian kursus-kursus memandu yang dikendalikan oleh cawangan tersebut. Ia juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara IL ABDB khususnya dengan agensi-agensi kerajaan yang lain. 

Lawatan diakhiri dengan menandatangani lembaran kenangan dan menikmati jamuan.
WhatsApp Image 2021-04-09 at 11.39.14 AM.jpeg
WhatsApp Image 2021-04-09 at 11.39.14 AM (1).jpeg
WhatsApp Image 2021-04-09 at 11.39.14 AM (2).jpeg