Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS IKHTIAR HIDUP PERTEMPURAN SESI 2020


PENANJONG GARISON, Khamis, 11 Februari 2021 - Cawangan Latihan Peperangan Hutan, Sekolah Infantri, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Penutup Kursus Ikhtiar Hidup Pertempuran Sesi 2020 yang bertempat di Bilik Kuliah Tingkat Satu Bangunan A, Sekolah Infantri IL ABDB.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Pegawai Pemerintah Sekolah Infantri IL ABDB. Kursus Ikhtiar Hidup Pertempuran Sesi 2020 telah dihadiri seramai 25 anggota terdiri daripada 01 anggota dari Unit Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei, 02 anggota dari Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei, 03 anggota dari Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei, 09 anggota dari Unit Rejimen Pasukan Khas dan 10 anggota dari Polis Diraja Brunei yang mana kursus ini bermula dari 11 Januari 2021 sehingga 11 Februari 2021.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah daripada JAMAAT dan Penyampaian Pengelasan Kursus daripada Ketua Cawangan Latihan Peperangan Hutan. Majlis penyampaian lambang-lambang dan sijil-sijil disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis kepada semua peserta kursus dan diikuti dengan penyampaian sijil kepada Peserta Kursus Terbaik Jasmani disandang oleh 19096 Lkpl Muhammad Shahrul Nazrie bin Mohd Faudzi dari Unit Rejimen Pasukan Khas. Peserta Kursus Terbaik Amali disandang oleh 50640 Lkpl Masri bin Ayub dari Unit Rejimen Pasukan Khas dan Peserta Kursus Terbaik Teori sekaligus merangkumi Terbaik Keseluruhan disandang oleh 50155 Lkpl Muhammad Nurhadi bin Abdul Mustafah dari Unit Rejimen Pasukan Khas. Majlis diakhiri dengan penutupan rasmi kursus yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis dan diakhiri dengan bacaan doa penutup serta sesi bergambar ramai.