Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

PERJUMPAAN ASKAR WANITA IL ABDB DAN SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI KEBAJIKAN ASKAR WANITA (AW) IL ABDB.

PENANJONG GARISON, Jumaat 05 Feb 2021 –Perjumpaan Askar Wanita (AW) Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) serta serah terima tugas Pegawai Kebajikan AW IL ABDB telah diadakan di Bilik Kuliah Halbi, Pusat Evolusi IL ABDB. Penyampaian taklimat telah disampaikan oleh 992 Mejar Amiza binti Haji Zainal Abidin selaku Pegawai Kebajikan AW IL ABDB. Turut hadir dalam perjumpaan tersebut adalah Pegawai-pegawai Wanita IL ABDB, PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah AW IL ABDB.  Adapun tujuan bagi perjumpaan tersebut adalah untuk meningkatkan kefahaman serta tahap kesedaran mengenai perihal pentadbiran serta kebajikan AW IL ABDB khususnya prasarana kebajikan yang tersedia serta pengemaskinian pakaian terkini Askar Wanita IL ABDB.  Di samping itu, Penaung kepada AW IL ABDB, 780 Mejar Roziahani binti Mohd Jaya turut membangkitkan isu penting mengenai meningkatkan tahap disiplin, penjagaan tatatertib ketenteraan serta meningkatkan ketahanan jasmani bagi anggota askar wanita. Sesi perjumpaan tersebut diakhiri dengan menandatangani Sijil Serah Terima Tugas diantara Mantan Pegawai Kebajikan AW IL ABDB, 992 Mejar Amiza binti Haji Zainal Abidin dan Pegawai Kebajikan AW IL yang baru, 1104 Kapt Noor’afni binti Azmi. 


BRIEFING SESSION WITH TI RBAF FEMALE PERSONNEL AND HANDING OVER CEREMONY FOR TI RBAF FEMALE PERSONNEL WELFARE OFFICER

PENANJONG GARRISON, Friday 05 Feb 2021 – Female personnel of Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF) have gathered for Briefing Session and Handing Over ceremony for TI RBAF Female personnel Welfare Officer held at Halbi Lecture Hall, Evolution Centre, TI RBAF. The Briefing was proceeded by 992 Major Amiza binti Haji Zainal Abidin as the outgoing TI RBAF Female personnel Welfare Officer and attended by all TI RBAF female personnel, irrespective of ranks. The session was primarily aimed to increase the level of knowledge and awareness of the admin and welfare issues regarding female personnel. This includes the availability of welfare facilities and current updates on the current RBAF female personnel attires. Consecutively, TI RBAF Female personnel Advisor, 780 Major Roziahani binti Mohd Jaya also further emphasised on maintaining disciplinary standards, retaining personal bearing to the standards expected of military personnel as well as maintaining fitness. The session concludes with the signing of Handing Over Certificate for the out-going TI RBAF Female Personnel Welfare Officer, 992 Major Amiza binti Hj Zainal Abidin and the newly appointed Welfare Officer, 1104 Capt Noor’afni binti Azmi.