Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS MAKAN MALAM BERADAT SEMPENA MERAIKAN PERTUKARAN KELUAR DAN MASUK PEGAWAI-PEGAWAI INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

mbpeg3.jpgPENANJONG GARISON, Jumaat, 29 Januari 2021 - Majlis Makan Malam Beradat Sempena Meraikan Pertukaran Keluar Dan Masuk Pegawai-Pegawai Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah diadakan pada hari ini bertempat di Mes Pegawai Penanjong Garison. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis Yang Mulia Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Komandan IL ABDB. Turut hadir bagi memeriahkan majlis ialah Timbalan Komandan IL ABDB, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai Pelajaran dan Pegawai-pegawai IL ABDB berserta isteri/suami.

Majlis ini diadakan bagi meraikan seramai tujuh belas (17) Pegawai-pegawai IL ABDB yang bertukar keluar unit. Di antara pegawai-pegawai tersebut adalah Yang Mulia Leftenan Kolonel Rudie Asmawi bin Abidin, Mantan Ketua Jurulatih IL ABDB, Yang Mulia Leftenan Kolonel Haji Mohammad Alimin bin Haji Subohi, Mantan Timbalan Pegawai Pemerintah Sekolah Infantri IL ABDB dan beberapa orang Pegawai Pelajaran yang pernah berkhidmat di Pusat Evolusi IL ABDB.

Majlis dimulakan dengan sesi bergambar ramai bersama semua Pegawai-pegawai berserta isteri/suami. Majlis pada malam tersebut juga diserikan dengan Penyampaian Cenderahati oleh Tetamu Kerhormat kepada Pegawai-Pegawai berserta isteri/suami yang diraikan sebagai tanda penghargaan di atas sumbangan yang telah mereka curahkan sepanjang berkhidmat di IL ABDB. Majlis tersebut diakhiri dengan bimbingan persembahan pancaragam dari Pasukan Pancaragam Tentera Laut Diraja Brunei oleh Tetamu Kerhormat Majlis.

mbpeg4.jpg
mbpeg 2.jpg
mbpeg5.jpg
mbpeg1.jpg