Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headlines

  
  
  
3/26/2024 1:54 PM

TEMBURONG, 2 MAC 2024 – Institut Latihan turut serta kempen kebersihan di Daerah Temburong pada pagi ini sebagai menyokong inisiatif Jawatankuasa Induk Isu-Isu Kebersihan (JIIK) dalam memastikan Negara Brunei Darussalam bersih dan bebas daripada pencemaran. Kempen kebersihan telah diadakan di Masjid Kampong Labu Estate.

Created By: 219838 Sld Fatin Shafirah binti Sahfrin
  
2/26/2024 3:15 PM

PENANJONG GARISON, Sabtu 24 Februari 2024 – Majlis Sambutan Malam Nisfu Sya'ban bagi Tahun 1445H telah diadakan bertempat di Surau Al-Hikmah Penanjong Garison.  Hadir selaku Pegawai Terkanan ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Abdul Rajid bin Haji Zainie, Pemangku Komandan Institut Latihan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Created By: 219838 Sld Fatin Shafirah binti Sahfrin
  
2/26/2024 2:58 PM

PENANJONG GARISON, Khamis, 22 Februari 2024 – Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke 40 Tahun bagi peringkat Penanjong Garison telah diadakan pada hari ini di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison dalam sama-sama memohon kurnia rahmat serta pemeliharaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala bagi kestabilan negara, keselamatan raja serta kesentosaan hidup rakyat dan penduduk negara ini.

Created By: 219838 Sld Fatin Shafirah binti Sahfrin
  
2/27/2024 9:31 AM

PENANJONG GARISON, Khamis 22 Februari 2024 – Majlis Penyampaian Sijil dan Penutupan Kursus Kerani Asas Siri 2/2023 yang dikendalikan oleh Cawangan Latihan Kerani, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah sempurna dilaksanakan. Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi Majlis ini ialah Mejar Pengiran Hairuldin bin Pengiran Haji Mohd Tali @ Pengiran Muhd Khairuddin, Timbalan Pegawai Turus F1, Markas Medan, Tentera Darat Diraja Brunei.   Turut hadir adalah Ketua Cawangan Latihan Kerani, Pegawai-pegawai dan jemputan khas, Jurulatih-jurulatih Cawangan Latihan Kerani dan Jurulatih-jurulatih daripada Tentera Darat Diraja Brunei.

Created By: 219838 Sld Fatin Shafirah binti Sahfrin
  
1/24/2024 3:22 PM

Penanjong Garison, Isnin 22 Januari 2024 – Majlis Pembukaan Kursus Kerani Asas Siri 2/2023 telahpun berlangsung di Bilik Kuliah, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Created By: 219838 Sld Fatin Shafirah binti Sahfrin
  
1/24/2024 6:30 PM

Penanjong Garison, Juma'at, 19 Januari 2024 –  Upacara Menandatangani Risalah Undang-Undang Rahsia Rasmi Brunei Army Form (BAF) 122 bagi Rekrut Lelaki Pengambilan ke-173 telah berlangsung di Dewan Nikmat, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB).

Created By: 219838 Sld Fatin Shafirah binti Sahfrin
  
1/24/2024 6:16 PM

PENANJONG GARISON, Khamis, 18 Januari 2024 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi Pegawai Tidak Bertauliah Kanan (PTB Kanan) di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan & Sarjan IL ABDB dan Majlis Kenaikan Pangkat bagi Pegawai Tidak Bertauliah Rendah (PTB Rendah) bertempat di Dewan Nikmat, Penanjong Garison.

Created By: 219838 Sld Fatin Shafirah binti Sahfrin
  
1/24/2024 7:33 PM

PENANJONG GARISON, Jumaat 05 Januari 2024 - Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi Pegawai Tidak Bertauliah Kanan (PTB Kanan) di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan IL ABDB, Penanjong Garison.

Created By: 219838 Sld Fatin Shafirah binti Sahfrin
  
12/28/2023 4:55 PM

PENANJONG GARISON, Jumaat, 8 Disember 2023 – Seramai 229 anggota rekrut lelaki bagi Pengambilan Ke-172 dan 54 anggota rekrut wanita Pengambilan Ke-58 telah berjaya menamatkan latihan asas ketenteraan yang mengambil tempat di Padang Kawad Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB), Penanjong Garison pagi ini.

Created By: 219838 Sld Fatin Shafirah binti Sahfrin
  
12/28/2023 4:39 PM

PENANJONG GARISON, Selasa, 5 Disember 2023 - Kompeni Rekrut, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena Tamat Latihan Rekrut Lelaki Pengambilan Ke-172 dan Rekrut Wanita Pengambilan Ke-58 bertempat di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison.

Created By: 219838 Sld Fatin Shafirah binti Sahfrin
  
12/1/2023 10:05 AM

PENANJONG GARISON, Jumaat, 24 November 2023 – Yang Mulia Pemangku Komandan IL ABDB telah mengadakan sesi perjumpaan bersama Rekrut Lelaki Pengambilan ke-172 dan Rekrut Wanita Pengambilan Ke-58 yang dijadualkan akan menamatkan latihan pada 08 Disember 2023. Sesi perjumpaan tersebut telah berlangsung di Dewan Nikmat, Penanjong Garison.

Created By: 18200 Kpl Dedy Suhardi bin Roslan
  
11/28/2023 3:32 PM

PENANJONG GARISON, Khamis 23 Nov 2023.  Majlis Penyampaian Sijil dan Penutupan Kursus Asas Logistik Siri 2/2023 telah dilaksanakan dengan lancar dan sempurna bertempat di Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (CLLog, SPT IL ABDB). Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi Majlis ini ialah 870 Mej Haji Hainul Ardika bin Haji Tinggal, Timbalan Pegawai Turus Logistik, Markas Tentera Darat Diraja Brunei.  Turut hadir adalah Pemangku Ketua Cawangan Logistik, Sekolah Sarjan Mejar, jurulatih-jurulatih CLLog SPT IL ABDB.

Created By: 18200 Kpl Dedy Suhardi bin Roslan
  
11/28/2023 3:17 PM

INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI (IL ABDB), Khamis 23 November 2023 – Majlis Penyampaian Sijil dan Penutupan Kursus Lanjutan Kerani Gaji Sesi 2023 yang dikendalikan oleh Cawangan Latihan Kewangan, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (CLKwgn, SPT IL ABDB) telah dilaksanakan dengan lancar dan sempurna.

Created By: 18200 Kpl Dedy Suhardi bin Roslan
  
11/28/2023 3:07 PM

PENANJONG GARISON, Jumaat, 17 November 2023 - Majlis Penyampaian Sijil dan Lencana Bagi Penutupan Kursus Pertengahan dan Lanjutan Pemandu Sesi 2023 dan Kursus Memandu Lesen Kelas 3 dan Memandu Lesen Kelas 2B Sesi 2023 (Kumpulan Kedua) telah sempurna dilaksanakan Pejabat Kenderaan, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Penanjong Garison.

Created By: 18200 Kpl Dedy Suhardi bin Roslan
  
11/20/2023 1:39 PM

PENANJONG GARISON, Khamis 09 Nov 2023 – Majlis Penyampaian Sijil dan Penutupanan Kursus Kuater Master Sarjan Rejimen Sesi (KMSR/RQMS) 2023 yang dikendalikan oleh Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (Cwgn Lthn Log SPT IL ABDB) telah sempurna dilaksanakan.

Created By: 18200 Kpl Dedy Suhardi bin Roslan
  
10/13/2023 7:18 AM

PENANJONG GARISON, Khamis, 12 Oktober 2023 - Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Penyampaian Kenaikan Pangkat bagi PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah anggota IL ABDB.  Majlis tersebut telah berlangsung di Dewan Nikmat IL ABDB, Penanjong Garison.

Created By: 18200 Kpl Dedy Suhardi bin Roslan
  
10/10/2023 9:56 AM

PENANJONG GARISON, Jumaat, 06 Oktober 2023 - Majlis Pembukaan Rasmi Kursus Pertengahan dan Lanjutan Pemandu Sesi 2023 dan Kursus Memandu Lesen Kelas 3 dan Memandu Lesen Kelas 2B Sesi 2023 (Kumpulan Kedua) telah diadakan di Cawangan Latihan Memandu, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Created By: 18200 Kpl Dedy Suhardi bin Roslan
  
10/5/2023 2:16 PM

PENANJONG GARISON, 02 Oktober 2023 - Majlis Pembukaan Rasmi Kursus Kuartermaster Sarjan Rejimen (KMSR) Sesi 2023 telah berlangsung di Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Created By: 18200 Kpl Dedy Suhardi bin Roslan
  
10/3/2023 11:10 AM

PENANJONG GARISON, Isnin, 25 September 2023 - Majlis Pembukaan Rasmi Kursus Akaun Perkhidmatan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Siri 3/2023 telah berlangsung di Cawangan Latihan Kewangan, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Created By: 18200 Kpl Dedy Suhardi bin Roslan
  
9/25/2023 8:17 AM

PENANJONG GARISON, Khamis 21 Sept 2023 – Majlis Penyampaian Lencana dan Penutupan Kursus Lanjutan Logistik Siri 1/2023 telah dilaksanakan dengan lancar dan sempurna bertempat di Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (CLLog SPT IL ABDB)

Created By: 18200 Kpl Dedy Suhardi bin Roslan
  
9/18/2023 3:37 PM

Penanjong Garison, Jumaat, 15 September 2023 – Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Kursus Asas Teknisyen Armamen Siri 2023 telah sempurna dilaksanakan bertempat di Automotive Theater Room, Practical Training Area, Cawangan Latihan Teknikal Darat, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata di Raja Brunei (CLTD SPT IL ABDB).

Created By: 18200 Kpl Dedy Suhardi bin Roslan
  
9/18/2023 4:38 PM

PENANJONG GARISON, Jumaat, 29 Safar 1445H bersamaan dengan 15 September 2023 – Majlis Penutupan Kursus Penyelia Kesihatan dan Keselamatan Kerja (KKK) Siri 2/2023 telah sempurna dilaksanakan hari ini bertempat di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan Penanjong Garison.

Created By: 18200 Kpl Dedy Suhardi bin Roslan
  
9/14/2023 12:54 PM

PENANJONG GARISON, Selasa, 12 September 2023 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi Pegawai Tidak Bertauliah Kanan (PTB Kanan) di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan & Sarjan IL ABDB, Penanjong Garison.

Created By: 18200 Kpl Dedy Suhardi bin Roslan
  
9/11/2023 3:48 PM

PENANJONG GARISON, Jumaat, 08 September 2023 - Majlis Penutup Kursus Memandu Lesen Kelas 6 dan Kursus Memandu Lesen Kelas 5 Siri 1/2023 telah sempurna dilaksanakan pada hari ini bertempat di Pejabat Kenderaan, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Penanjong Garison.

Created By: 18200 Kpl Dedy Suhardi bin Roslan
  
9/14/2023 12:11 PM

PENANJONG GARRISON, Juma'at, 08 September 2023 –  Upacara Menandatangani Risalah Undang-Undang Rahsia Rasmi Brunei Army Form (BAF) 122 bagi Rekrut Lelaki Pengambilan ke-172 dan Rekrut Wanita Pengambilan ke-58 telah berlangsung di Dewan Nikmat, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB).

Created By: 18200 Kpl Dedy Suhardi bin Roslan
  
9/12/2023 9:11 AM

PENANJONG GARISON, Khamis 07 September 2023 – Program lawatan sambil belajar ke Royal Brunei Culinary (RBC) dibuat sebagai usaha pihak Cawangan Latihan Logistik untuk memberikan pendedahan serta peluang kepada peserta kursus melihat secara dekat mengenai tatacara pengendalian dan proses permakanan yang dikendalikan oleh pihak RBC.

Created By: 18200 Kpl Dedy Suhardi bin Roslan
  
9/5/2023 2:39 PM

PENANJONG GARISON, Isnin 04 September 2023 - Majlis Pembukaan Rasmi Kursus Lanjutan Pengendalian Sajian Makanan & Katerer Sesi 2023 telah berlangsung di Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Created By: 18200 Kpl Dedy Suhardi bin Roslan
  
8/18/2023 3:49 PM

PENANJONG GARISON, Juma’at, 18 Ogos 2023 – Seramai 203 anggota rekrut lelaki bagi Pengambilan ke-171 telah menamatkan 3 bulan latihan asas ketenteraan pada sebelah pagi hari ini bertempat di Padang Kawad Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB), Penanjong Garison. 

Created By: 18200 Kpl Dedy Suhardi bin Roslan
  
8/14/2023 2:53 PM

PENANJONG GARISON, 14 Ogos 2023 - Majlis Pembukaan Rasmi Kursus Lanjutan Logistik Siri 1/2023 telah berlangsung di Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Created By: 18200 Kpl Dedy Suhardi bin Roslan
  
8/14/2023 9:02 PM

PENANJONG GARISON, SABTU, 12 Ogos 2023 – Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB telah berkesempatan berkunjung ke Institut Latihan ABDB (IL ABDB) bagi sesi perjumpaan bersama Rekrut Lelaki Pengambilan ke-171 yang dijadualkan akan menamatkan latihan pada 18 Ogos 2023. Sesi perjumpaan tersebut telah berlangsung di Dewan Nikmat, Penanjong Garison.

Created By: 18200 Kpl Dedy Suhardi bin Roslan
1 - 30Next