KNP KPL SIRI 4.jpg


PENANJONG GARISON, JUMAAT 25 FEBRUARI 2022 – Majlis Penutup Kursus Kepimpinan Koperal Siri 4/2021 telah berlangsung pada pagi Jumaat secara maya.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis adalah Yang Mulia Leftenan Nur Hazirah binti Harun, Ketua Cawangan Kepimpinan dan Pengurusan, Pusat Evolusi Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (PE IL ABDB). Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan ucapan dari wakil peserta kursus dan diteruskan dengan Ucapan rasmi Penutup Kursus Kepimpinan Koperal Siri 4/2021 oleh Tetamu Kehormat Majlis.
Kursus Kepimpinan Koperal Siri 4/2021 telah dijalankan selama dua (02) minggu bermula pada hari Isnin, 14 Februari 2022 sehingga hari Jumaat, 25 Februari 2022 dengan tujuan untuk memberikan pendedahan dan penerapan tentang Kepimpinan dari segi aspek Ketenteraan dan Islamiah 
Kursus ini juga bertujuan untuk membentuk dan melatih PTB Rendah berpangkat Koperal agar memahami tugas dan tanggungjawab sebagai pemimpin bawahan di dalam ABDB. Di samping mendidik PTB Rendah berpangkat Koperal yang berkualiti serta berkeupayaan dalam melaksanakan tugas dengan menerapkan potensi diri sebagai pemimpin yang berkeyakinan dan mempunyai daya pemikiran yang kritikal dengan berpandukan nilai-nilai teras Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan ciri-ciri kepimpinan.