SPT 6.jpg

Penanjong Garison – 19 Januari 2022 – Majlis Serah dan Terima Tugas Ketua Cawangan, Cawangan Latihan Memandu Penanjong Garison telah diadakan di Bilik Iveco Cawangan Latihan Memandu, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Penanjong Garison pada hari Rabu 19 Januari 2022. Majlis yang bermula pada 0915 pagi telah dihadiri oleh YM Mejar Roziahani binti Mohd Jaya (Pmk Peg Pem SPT IL ABDB) selaku Tetamu Kehormat Majlis, YM Mejar Pengiran Ja’afaruddin bin Pengiran Tejudin (Ket Cwgn CLTD), YM Kapten Haji Harries bin Haji Musa (Mantan Ket Cwgn CLM), YM Leftenan Ak Abdul Hamizan bin Pengiran Salim (Ket Cwgn CLM Baru), YM Kapten Majiidah binti Haji Sidek (Ket Cwgn CLK), YM Kapten Shazwani binti Ali (Ket Cwgn CLLOG), YM PW1 Hairul Affendi bin Awang Suhaimi (SSM SPT IL ABDB), YM PW1 Hadinahwati binti Buntak (Pegawai Waren Latihan CLM dan selaku Pengerusi Majlis), Guru Ugama Penanjong Garison, Pegawai Waren Terkanan, PTB-PTB Kanan, PTB-PTB Rendah serta kakitangan Awam di Cawangan Latihan Memandu.

Majlis telah dimulakan dengan sambutan ketibaan YM Mejar Roziahani binti Mohd Jaya, Pmk Pegawai Pemerintah, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan seterusnya Sekolah Sarjan Mejar melapor kepada Tetamu Kehormat Majlis.
 
Majlis diteruskan lagi dengan Bacaan Surah Al-Fatihah oleh Haji Mohamad Sukaimi bin Haji Abdullah, Guru Ugama Surau Penanjong Garison. Selepas itu majlis menjemput YM Leftenan Haji Harries bin Haji Musa, Mantan Ket Cwgn CLM untuk memberi ucapan. Majlis menjemput sekali lagi YM Kapten Haji Harries bin Haji Musa, Mantan Ket Cwgn CLM dan YM Leftenan Ak Abdul Hamizan bin Pengiran Salim, Ket Cwgn CLM baru untuk menyempurnakan upacara Serah dan Terima Tugas Ketua Cawangan, Cawangan Latihan Memandu dengan disaksikan oleh YM Mejar Roziahani binti Mohd Jaya, Pmk Peg Pem SPT IL ABDB. Upacara ini disempurnakan dengan penyerahan Dokumen Serah dan Terima Tugas.
Sempurna sahaja upacara Serah dan Terima Tugas Ketua Cawangan, Seterusnya ucapan daripada YM Leftenan Ak Abdul Hamizan bin Pengiran Salim. Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Cenderahati dari Pengerusi Majlis kepada Mantan Ket Cwgn dan diikuti dengan Bacaan Doa Serah Terima Tugas daripada Guru Ugama Penanjong Garison. Majlis di akhiri dengan Bergambar Ramai dan seterusnya menikmati Jamuan.
SPT.jpg
Ketibaan YM Mejar Roziahani binti Mohd Jaya Pmk Peg Pem SPT IL ABDB.
SPT 1.jpg
SPT 2.jpg
Ucapan daripada YM Kapten Haji Harries bin Haji Musa, Mantan Ket Cwgn CLM dan 
YM Leftenan Ak Abdul Hamizan bin Pengiran Salim, Ket Cwgn CLM yang baru.
SPT 3.jpg
SPT 4.jpg
Penyerahan Dokumen Serah dan Terima Tugas Ketua Cawangan oleh YM Kapten Haji Harries bin Haji Musa kepada 
YM Leftenan Ak Abdul Hamizan bin Pengiran Salim.
SPT 5.jpg
Penyampaian Cenderahati daripada Pengerusi Majlis kepada Mantan Ketua Cawangan, Cawangan Latihan Memandu, 
Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

SPT 6.jpg

Antara yang hadir bagi Upacara Majlis Serah dan Terima Tugas Ketua Cawangan, Cawangan Latihan Memandu 
Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.