WhatsApp Image 2022-01-18 at 5.00.05 PM (1).jpeg

TUTONG, Isnin, 17 Januari 2022 – Sempena Sambutan Jubli Intan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Institut Latihan ABDB (IL ABDB) telah mengadakan aktiviti Kempen Membersihkan Tanah Perkuburan pada hari ini yang bertempat di Tanah Perkuburan Islam Pulau Raya A dan B di Daerah Tutong. Kempen kebersihan tersebut telah dijalankan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. 

Seramai 20 anggota IL ABDB telah menyumbangkan tenaga bagi menjayakan kempen tersebut. Acara dimulakan dengan bacaan Tahlil dan doa arwah dan diikuti dengan kempen kebersihan.  
Kempen kemasyarakatan ini adalah sebagai salah satu aktiviti amal dan berkebajikan yang bertujuan untuk meningkatkan kerohanian dan kerjasama di kalangan anggota serta memupuk semangat untuk menyumbang balik kepada masyarakat.  
WhatsApp Image 2022-01-18 at 5.00.05 PM.jpeg
WhatsApp Image 2022-01-18 at 5.00.04 PM.jpeg