WhatsApp Image 2021-07-01 at 2.18.00 PM.jpegPENANJONG GARISON, Khamis, 01 Julai 2021

– Majlis Penyampaian Sijil dan Penutupan Kursus Kerani Sesi 2021 bagi anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah sempurna dilaksanakan di Mess PW/SSjn & Sjn Penanjong Garison.

Tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Mejar Roziahani binti Mohd Jaya, Pemangku Pegawai Pemerintah, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan ABDB. Turut hadir bagi majlis tersebut ialah Pemangku Ketua Cawangan, Cawangan Latihan Kerani Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan iaitu Kapt Shazwani binti Ali, jurulatih-jurulatih, tenaga pengajara dan jemputan-jemputan khas.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh salah seorang peserta kursus iaitu 18372 Sjn (U) Mohammad Hanis bin Yusop dan kemudian diteruskan dengan ucapan daripada Ketua Pengendali Kursus.   Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada peserta kursus oleh Tetamu Kehormat Majlis.  Manakala Tetamu Kehormat Majlis kemudian memberikan ucapan dan seterusnya menutup rasmi kursus berkenaan. 
Kursus Kerani Kanan Sesi 2021 disertai oleh 29 anggota ABDB terdiri daripada unit Tentera Darat Diraja Brunei seramai 11 anggota, Tentera Laut Diraja Brunei seramai 2 anggota, Tentera Udara Diraja Brunei seramai 7 anggota, Institut Latihan ABDB seramai 1 anggota, Kementerian Pertahanan seramai 5 anggota, Akademi Pertahanan seramai 2 anggota dan Rejimen Pasukan Khas seramai 1 anggota.
Penuntut Terbaik Pembentangan disandang oleh 18726 Sjn Mohd Sarifuddin bin Abd Isnan daripada Institut Latihan ABDB, manakala Penuntut Terbaik Teori disandang oleh 21403 Sjn Norhafilah binti Abd Rahman seterusnya Penuntut Terbaik Praktikal disandang oleh 18352 (U) Muhammad Nur Fadhli bin Awg Hj Kamis.
Tetamu Kehormat dalam ucapan beliau menasihatkan para peserta kursus supaya akan sentiasa menanamkan keazaman untuk memperbaiki diri bukan saja semasa berkursus bahkan meningkatkan prestasi kerja setelah kembali bertugas di unit masing-masing nanti dengan 4 faktor iaitu Berkemahiran, Berpengetahuan, Berpengalaman dan Berpelajaran. Kursus ini adalah Kursus Mandatori bagi jurusan kerani ABDB yang merangkumi semua mata pelajaran kerani.
WhatsApp Image 2021-07-01 at 2.18.00 PM (1).jpeg