1111.jpg

PENANJONG GARISON, Jumaat, 26 Mac 2021 – Majlis Penyampaian Sijil Dan Penutupan Kursus Lanjutan Kerani Gaji Bagi Tahun 2020 dan Kursus Asas Logistik Siri 3/2020 telah diadakan di Dewan Nikmat, IL ABDB.
Hadir selaku Tetamu Kehormat dalam majlis tersebut ialah 725 Mejar Pg Ja’afaruddin bin Pg Tejudin, Pemangku Pegawai Pemerintah Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.  Turut hadir dalam sama-sama memeriahkan majlis tersebut adalah terdiri dari jemputan-jemputan dari unit-unit dan agensi luar,Jurulatih Kanan serta jurulatih-jurulatih Cawangan Latihan Kewangan dan Cawangan Latihan Logistik, SPT IL ABDB.
Seramai 07 anggota yang menghadiri Kursus Lanjutan Kerani Gaji Bagi Tahun 2020 yang bermula dari 01 Mac hingga 26 Mac 2021 dan 45 anggota yang menghadiri Kursus Asas Logistik Siri 3/2020 bermula pada 22 Februari hingga 26 Mac 2021.  Kursus ini adalah merupakan kursus kerjaya yang perlu dihadiri oleh anggota-anggota yang bertugas di dalam unit-unit Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan tambahan pula kursus ini adalah Mandatori bagi anggota-anggota yang menghadiri serta mendokong kriteria untuk sokongan kenaikan pangkat.  Dan bagi agensi luar yang menghadiri Kursus Asas Logistik, ianya adalah untuk memberi pengetahuan dan mengetahui tentang pengurusan dan perjalanan perakaunan stor  yang mungkin dapat diaplikasikan di unit-unit mereka.
Melalui kursus ini, peserta-peserta kursus dibentuk untuk menambah nilai pengetahuan dan penekanan dalam pengendalian tugas dan tanggungjawab sebagai Kerani Gaji ataupun Pengurus Stor Kuartermaster mahupun Logistik. 
Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran dan seterusnya ucapan dari wakil Pengendali Kursus yang disampaikan oleh 12104 PW1 Hj Serudin bin Hj Metassan dan penyampaian sijil-sijil dilaksanakan oleh Yang Mulia Tetamu Kehormat serta menzahirkan ucapan tahniah kepada peserta-peserta kursus diatas usaha dan dedikasi yang ditunjukkan sepanjang kursus dijalankan. Bagi Penuntut Terbaik Keseluruhan Kursus Lanjutan Kerani Gaji Bagi Tahun 2020 disandang oleh19760 Kpl Mohammad Nazirul Mubin bin Sabli dan Penuntut Terbaik  Keseluruhan Kursus Asas Logistik Siri 3/2020 disandang oleh 16811 Sjn Khairul Anwar bin Haji Latif.
Majlis diakhiri dengan ucapan daripada Yang Mulia Tetamu Kehormat seterusnya merasmikan penutupan kursus, bacaan doa dan sesi bergambar ramai. 
2222.jpg

3333.jpg

555.jpg