PENANJONG GARISON, Khamis, 25 Mac 2021 – Majlis Menandatangani Risalah Keselamatan BAF 122 bagi bakal-bakal Rekrut Wanita. Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya merasmikan Latihan Asas Ketenteraan Rekrut Wanita Pengambilan Ke-56 ialah Yang Mulia 439 Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Komandan Institut Latihan ABDB.
Majlis tersebut dihadiri oleh para ibu-bapa dan penjaga bakal-bakal rekrut yang akan menjalani latihan asas ketenteraan. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Yang Mulia Tetamu Kehormat. Seterusnya bacaan ikrar secara beramai-ramai dan kemudian menandatangani Borang Undang-Undang Rahsia Rasmi BAF 122 bagi Rekrut Wanita Pengambilan Ke-56 dan diakhiri dengan sesi muzakarah bersama para ibu-bapa dan penjaga rekrut dan bacaan doa selamat.
Seramai 60 anggota Rekrut Wanita Pengambilan Ke-56 yang terdiri daripada 29 Rekrut Tentera Darat Diraja Brunei, 05 Rekrut Tentera Laut Diraja Brunei dan 26 Rekrut Tentera Udara Diraja Brunei akan menjalani Latihan Asas Ketenteraan bermula hari Isnin, 29 Mac 2021 dan dijangka berakhir pada 30 Julai 2021.




