PENANJONG GARISON, JUMAAT, 19 MAC 2021 – Junior Officer Tactics Course sesi 2020 telah berakhir secara rasmi dengan satu majlis penutup di Mes Pegawai, Penanjong Garison. Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah Leftenan Kolonel Aldi bin Haji Hassan, Pemangku Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB). Turut hadir bagi majlis tersebut ialah Pegawai-pegawai jemputan dari unit penuntut yang mengikut kursus tersebut.
Kursus tersebut telah diadakan selama 09 minggu bermula dari 18 Januari 2021 sehingga 19 Mac 2021 dengan dihadiri seramai 28 orang pegawai dari unit-unit Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).
Tetamu Kehormat telah memberikan ucapan semasa majlis tersebut yang mana beliau telah menyatakan mengenai objektif kursus ini bukan sahaja semata-mata untuk kehadiran tetapi untuk meningkatkan pembangunan sahsiah diri, untuk berusaha gigih dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab di unit masing masing. Ilmu pengetahuan dan pengelaman yang telah diperolehi akan meningkatkan daya pemikiran analisi yang diperlukan untuk memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan keatas mereka sebagai pemimpin ABDB yang efektif dan efisien.
Tetamu kehormat seterusnya mengucapkan tahniah kepada semua peserta kursus atas kerja keras dan dedikasi mereka semasa kursus dijalankan – anugerah keseluruhan penuntut terbaik disandang oleh 1211 Lt Umar Abdul Aziz bin Haji Yahya, dari unit Batalion ketiga Tentera Darat Diraja Brunei.


