log15121.jpgPENANJONG GARISON, Jumaat, 15 Januari 2021 – Majlis Penutup Kursus Asas Pegawai Logistik Sesi 2020 telah sempurna dilaksanakan bertempat di Mes Pegawai, Penanjong Garison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pemangku Pegawai Pemerintah Sekolah Pertukangan Tentera, Pegawai-Pegawai Kanan, pegawai-pegawai jemputan dan jurulatih-jurulatih.
 
Kursus Asas Pegawai Logistik Sesi 2020 telah berjalan selama 06 minggu bermula daripada 07 Disember 2020 hingga 15 Januari 2021 dan disertai oleh 30 orang Pegawai-pegawai yangmana terdiri daripada 15 Pegawai Tentera Darat Diraja Brunei, 07 Pegawai Tentera Laut Diraja Brunei, 04 Pegawai Tentera Udara Diraja Brunei, manakala Rejimen Pasukan Khas, Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Markas Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Kementerian Pertahanan masing-masing menghantar 01 Pegawai.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan ucapan pengulasan pencapaian peserta kursus daripada Pegawai pengendali kursus, Yang Mulia Leftenan Shazwani binti Ali, Pegawai Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Semasa majlis tersebut, Yang Mulia Tetamu Kehormat telah menyampaikan sijil-sijil kepada peserta-peserta kursus dan seterusnya menyampaikan anugerah penuntut terbaik keseluruhan yang disandang oleh Yang Mulia Leftenan Halimatul Azimah binti Haji Azamain dari unit Kompeni Markas, Tentera Darat Diraja Brunei. Yang Mulia Tetamu Kehormat majlis juga berkesempatan memberikan ucapan tahniah kepada semua peserta kursus dan mengharapkan agar pengalaman dan pembelajaran yang telah diberikan sepanjang kursus akan menambah ilmu pengetahuan dalam bidang logistik dan kuartermaster, agar pegawai-pegawai akan lebih siap siaga dalam memikul tanggungjawab serta amanah sebagai seorang Pegawai Logistik yang efisien dan efektif.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh perserta kursus Yang Mulia 938 Leftenan Madya Mohd Assrol Seni bin Ramlee dan seterusnya sesi bergambar ramai.
log2151.jpg
log415121.jpg 
log315121.jpg