kkms220.jpgPENANJONG GARISON, JUMAAT 11 Disember 2020 – Majlis penyerahan sijil dan penutup kursus bagi Kursus Kompeni Kuartermaster Sarjan Siri 2/ 2020 telah diadakan bertempat di bilik Lecture, Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah 642 Mejar Mohammad Zyed Nazri bin Haji Abdullah, Timbalan Pegawai Turus Logistik, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir pada majlis tersebut ialah jemputan-jemputan khas daripada Unit-unit, Sarjan Mejar Sekolah, Jurulatih Kanan dan Jurulatih-Jurulatih Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Kursus ini telah dihadiri oleh 35 orang anggota yang terdiri daripada 21 anggota Tentera Darat Diraja Brunei, 07 anggota Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, 02 anggota Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, 04 anggota Kementerian Pertahanan dan 01 anggota Pasukan Simpanan Gurkha. Kursus ini telah berjalan selama 6 minggu bermula dari 23 November 2020 sehingga 11 Disember 2020. 
Kursus ini merupakan kursus wajib yang perlu dihadiri oleh anggota-anggota yang berpangkat Sarjan atau Staf Sarjan bagi sebahagian daripada Unit-unit didalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei untuk melayakkan anggota menjawat jawatan Kompeni Kuartermaster Sarjan (KKMS) unit serta berpandukan keperluan dalam Struktur Perkembangan Kerjaya (SPK) Am.
Melalui kursus ini, peserta-peserta kursus telah dibentuk untuk menambah nilai pengetahuan dan penekanan terhadap tanggungjawab mengenai penjagaan alat kelengkapan dan perakaunan serta pengurusan keperluan-keperluan unit mengikut garispandu pengurusan yang ditetapkan. Kursus ini menyasarkan focus utama dalam pengurusan logistik dengan lebih efektif dan produktif. 
                               
Majlis dimulakan dengan ucapan daripada wakil perserta kursus,16288 Sarjan Hamdani bin Haji Abd Kahar dan seterusnya penyampaian sijil-sijil yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat majlis dan diikuti dengan penyampaian sijil kepada penuntut-penuntut cemerlang.  Bagi Penuntut Terbaik Akademik disandang oleh 21337 Sarjan Babysaummanty @ Nur Bazlaa Syefaa binti Mohd Noor daripada unit Polis Tentera ABDB, manakala Penuntut Terbaik Amali dan Penuntut Terbaik Keseluruhan disandang oleh 16963 Sarjan Awang Abdul Rahman bin Awang Haji Asli daripada unit Logistik Penanjong Woksyop, Khidmat Bantuan Kombat, Tentera Darat Diraja Brunei. Majlis diakhiri dengan ucapan daripada Yang Mulia Tetamu Kehormat Majlis seterusnya meresmikan penutupan Kursus Kompeni Kuartermaster Sarjan (KKMS) siri 2/2020, diikuti dengan bacaan doa dan sesi bergambar ramai.
kkms320.jpg
kkms420.jpg

kkms120.jpg