sat2020202.jpgPENANJONG GARISON, Rabu 09 Disember 2020 – Majlis Penutup Kursus SAT Practitioner Siri 02/2020 telah berlangsung di Pusat Evolusi, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Kursus tersebut telah dijalankan selama 08 hari di Pusat Evolusi, IL ABDB yang mana ianya telah bermula pada 30 November 2020 dan berakhir pada 09 Disember 2020.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis pada petang itu ialah Mejar Muhd Shahrimmy bin Karim, Timbalan Pegawai Turus Cawangan Perkembangan dan Pembentukan Latihan, IL ABDB. Turut hadir ialah Pemangku Pegawai Memerintah Pusat Evolusi, IL ABDB dan Jurulatih-jurulatih daripada bahagian Cawangan Perkembangan dan Pembentukan Latihan. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dibacakan oleh 1123 Lt Abdul Mu’iz Azizi bin Zulkifli dan diteruskan dengan bacaan Doa Selamat.
Kursus tersebut telah dihadiri oleh 18 orang anggota ABDB dan 2 orang anggota daripada agensi luar iaitu Jabatan Penjara dan Pasukan Polis Diraja Brunei. Melalui kursus ini, peserta kursus diajarkan tentang kaedah dan sistem pendekatan latihan yang mana ianya amat penting bagi seorang jurulatih dalam merangka strategi pembentukan kursus.
Tetamu kehormat majlis juga tidak lupa mengucapkan tahniah kepada kesemua peserta kursus kerana telah menamatkan kursus semasa menyampaikan ucapannya sebelum bersurai. Majlis tersebut diakhiri dengan menikmati jamuan dan kemudian bergambar ramai.
sat2020202.jpg