
Seramai 14 Anggota Sekolah Infantri dan 38 Anggota Kursus Senjata Ringan yang terlibat dalam Aktiviti ini yang diketuai oleh Mej Muhd Sharimmy bin Karim, Timbalan Pegawai Turus Cawangan Perkembangan Pembentukkan Latihan Markas IL ABDB. Turut hadir ialah Kapt Mohd Iqbal Arqam bin Haji Abd Rahman, Ketua Cawangan Latihan Peperangan Hutan. Aktiviti membersih kubur diikuti dengan bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Doa Arwah.
Aktiviti Keagamaan ini merupakan Projek Amal sempena menyambut Hari UlangTahun ABDB yang ke 59 tahun bertujuan untuk mengingati dan mengenang jasa bekas anggota tentera yang kembali ke Rahmatullah. Disamping itu dapat memupuk sifat kerjasama dan membuat amal kebajikan bagi anggota Sekolah Infantri dan perserta Kursus Senjata Ringan.

