ptpeg2.jpgPENANJONG GARISON, Jumaat, 04 Disember 2020 – Cawangan Latihan Peperangan Hutan Sekolah Infantri Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah mengadakan Majlis Penutup Kursus Pengesan Tempur Sesi 2020 yang bertempat di Bangunan Cawangan Membaca Peta Sekolah Infantri Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. 
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Timbalan Pegawai Turus Cawangan Perkembangan Pembentukkan Latihan Markas Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei 788 Mej Muhd Sharimmy bin Karim. Kursus Pengesan Tempur Sesi 2020 telah dihadiri seramai 24 anggota terdiri daripada 08 anggota dari Unit Rejimen Pasukan Khas,04 anggota dari Unit Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei, 03 anggota dari Unit Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei, 02 anggota dari Unit Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei, 06 anggota dari Unit Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan 01 anggota dari Unit Tentera Udara Diraja Brunei. Kursus ini bermula dari 02 November 2020 dan berakhir pada 04 Disember 2020.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah daripada anggota JAMAAT Surau Al- Hikmah Penanjong Garison, dan kemudian diteruskan dengan Penyampaian Pengelasan Kursus daripada Ketua Cawangan Latihan Peperangan Hutan. Majlis penyampaian lambang-lambang dan sijil-sijil disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis kepada semua peserta Kursus Pengesan Tempur Sesi 2020 dan diikuti dengan penyampaian sijil kepada Peserta Kursus. Peserta Kursus Terbaik Jasmani disandang oleh 19096 Lkpl Muhammad Shahrul Nazrie bin Mohd Faudzi dari Unit Rejimen Pasukan Khas. Peserta Kursus Terbaik Amali disandang oleh 19751 Kpl Mohammad Hafiz bin Haji Daud dari Unit Rejimen Pasukan Khas dan Peserta Kursus Terbaik Teori sekaligus merangkumi Terbaik Keseluruhan disandang oleh 19260 Kpl Mohammad Shahniman bin Awang Hidop dari Unit Rejimen Pasukan Khas. 
Majlis diakhiri dengan penutupan rasmi kursus yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis dan diakhiri dengan bacaan doa penutup serta sesi bergambar ramai.

ptpeg1.jpg