
Ketibaan Tetamu Kehormat Majlis telah disambut oleh Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Isteri. Turut hadir dimajlis tersebut adalah Timbalan Komandan IL ABDB, Pegawai-pegawai Kanan dan Pegawai-pegawai IL ABDB bersama Isteri.
Tetamu Kehormat terlebih dahulu beramah mesra bersama Pegawai-pegawai IL ABDB disesi welcoming drinks dan diikuti dengan bergambar ramai bagi tanda kenang-kenangan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya jamuan makan. Turut ditayangkan semasa majlis tersebut ialah paparan klip video kenangan Tetamu Kehormat sebagai Komandan IL ABDB bermula pada Disember 2018 hingga Oktober 2020. Majlis Makan Malam Beradat pada malam itu juga dimeriahkan lagi dengan irama muzik dari Pasukan Pancaragam ABDB. Selain dari itu, kumpulan pipers memainkan bagpipes sebagai sebahagian dari adat regimental dalam majlis seperti ini.
Pada majlis tersebut, Komandan IL ABDB terlebih dahulu memberikan ucapan kata-kata penghormatan serta penghargaan kepada Tetamu Kehormat dan selepas itu pula, ucapan balas dari Tetamu Kehormat. Komandan IL ABDB dan isteri juga bebesar hati menyampaikan cenderahati kepada Tetamu Kehormat dan isteri beliau.
Majlis turut dimeriahkan lagi dengan mainan pancaragam yang diketuai oleh Tetamu Kehormat Majlis dan Komandan IL ABDB. Majlis diakhiri dengan menandatangani lembaran kenangan.
Majlis ini dilaksanakan adalah sebagai satu tanda penghormatan bagi mengenang jasa khidmat bakti serta pengorbanan yang telah disumbangkan oleh Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman semasa tampuk pemerintahan beliau sebagai Komandan IL ABDB.


