JLKMHR2.jpgPENANJONG GARISON, Rabu 02 Disember 2020 – Sekolah Infantri IL ABDB telah mengadakan Majlis Penutup Kursus Jurulatih Kemahiran dan Pengasuh Senjata Ringan Siri 1/2020 yang telah dikendalikan selama 12 minggu bermula pada 10 September 2020 disertai seramai 39 orang anggota yang terdiri daripada TDDB, TUDB, IL ABDB,Rejimen Pasukan Khas, Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Penjara Brunei telah berjaya menamatkan kursus tersebut.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia 992 Mej Amiza Bte Hj Zainal Abidin  selaku Ket.Cawangan cawangan Perkembangan Pegawai Sekolah Infantri IL ABDB. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai-pegawai dan Ksm-Ksm jemputan.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang diketuai oleh 18032 Kpl Nazirul Bin Haji Asmat dan diteruskan dengan penyampaian lencana dan sijil kepada anggota–anggota yang berjaya menamatkan kursus yang disampaikan oleh 992 Mej Amiza Bte Hj Zainal Abidin.
Penuntut Terbaik Amali bagi kursus Jurulatih Kemahiran Dan Pengasuh Senjata Ringan disandang oleh 16136 Kpl Khairul Amin Bin Hj Johari(Squadron Kereta Perisai Peninjau, Bn.Bantu TDDB), manakala Penuntut Terbaik Teori disandang oleh APO 6791 Md Rafiee Bin Abdullah Pagan(Pasukan Polis Diraja Brunei. Penuntut Terbaik Keseluruhan pula disandang oleh 18981 Lkpl Md.Safawi Bin Minggas(Skuadron Boat Tempur, Batalion Bantu, TDDB). Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan sesi bergambar ramai.
JLKMHRSOI1.jpg