YASSIN40D20.jpgPENANJONG GARISON, Rabu 02 Disember 2020 – Majlis Membaca Surah Yaasin dan Tahlil 40 hari bagi Al-Mahrum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah telah diadakan di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada Majlis tersebut ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Aldi bin Haji Hassan, Timbalan Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir bersama ialah Pegawai-pegawai dan anggota Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Majlis dimulakan dengan Solat Fardhu Maghrib berjemaah, diikuti dengan Solat Sunat Hajat. Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan Surah Yaasin dan Tahlil yang dikepalai oleh anggota JA’MAAT Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison dan seterusnya menunaikan Sembahyang Fardhu ‘Isya berjemaah. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Penutup.
YASSIN4020D.jpg