LOGB2202.jpgPENANJONG GARISON, JUMAAT, 13 NOVEMBER 2020 – Majlis Penutup kursus bagi Kursus Lanjutan Logistik Sesi 2020 telah lancar dan sempurna dilaksanakan bertempat di bilik kuliah (lecture room), Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. 
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah adalah Mejar Pg Ja’afarudin bin Pg Tejudin, Pegawai Memerintah Cawangan Teknikal Darat, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir memeriahkan majlis tersebut ialah Regimental Quatermaster Sergeant (RQMS) unit, Jurulatih Kanan, Jurulatih-jurulatih dan Jurulatih Bantuan Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Kursus Lanjutan Logistik Sesi 2020 telah dihadiri oleh 24 anggota tentera. 17 anggota terdiri daripada Tentera Darat Diraja Brunei, 02 anggota terdiri daripada Tentera Udara Diraja Brunei, 02 anggota terdiri daripada Rejimen Pasukan Khas, 01 anggota terdiri daripada Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan 02 anggota terdiri daripada Kementerian Pertahanan. 
Kursus ini berlangsung selama 06 minggu bermula daripada 05 Oktober 2020 sehingga 13 November 2020. Kursus inin salah satu kursus kerjaya yang mandatory (dimestikan) bagi setiap anggota yang berjawatan Logistik mahupun Kuartermaster bagi melayakan kenaikan pangkat mengikut Struktur Perkembangan Kerjaya (SPK) Am.
Melalui kursus ini, peserta kursus ini dibentuk untuk menambah pengetahuan di dalam bidang Logistik Tentera bagi memastikan penjagaan di dalam stor/gudang lebih berkualiti secara keseluruhannya melalui garispandu program kursus yang menyasarkan fokus utama dalam pengurusan logistik dengan lebih efektif dan produktif.
Majlis dimulakan dengan ucapan daripada wakil peserta Kursus Lanjutan Logistik Sesi 2020 dan seterusnya Tetamu Kehormat Majlis menyampaikan sijil serta menzahirkan ucapan tahniah kepada peserta-peserta kursus di atas usaha dan dedikasi di sepanjang kursus ini. Majlis diikuti dengan penyampaian sijil Penuntut Terbaik Keseluruhan yang disandang oleh 21654 Kpl Norhanisah binti Musa dari Khidmat Bantuan Kombat Depoh Logistik Tentera Darat Diraja Brunei. Majlis diakhiri dengan penutupan rasmi kursus yang disempurnakan olah Tetamu Kehormat Majlis dan diakhiri dengan bacaan doa penutup serta sesi bergambar ramai. 
LOG20B2.jpg
LOGB2204.jpg