
Hadir di majlis tersebut selaku tetamu kehormat adalah Yang Mulia Leftenan Kolonel Amirul Adly bin Haji Ali, Ketua Jurulatih Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir Pegawai-Pegawai, PTB-PTB Kanan, Ahli tetap serta Jurulatih Kompeni Rekrut IL ABDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Ustaz Syakir Farhan bin Omar, Bilal Surau Al- Hikmah diikuti dengan bacaan takhtim, doa takhtim, dikir marhaban dan diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan.
Majlis seumpama ini diadakan bagi meraikan Anggota Rekrut Lelaki Pengambilan ke 166 yang akan menamatkan latihan mereka tidak lama lagi. Ianya juga bertujuan untuk memohon keberkatan dan keredhaan Allah Subhanahu Wataala dalam menimba ilmu serta melaksanakan tugas dan tanggungjawab disepanjang latihan.
Majlis juga telah dilaksanakan mengikuti garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi mengawal penyebaran COVID-19.

