
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia 439 Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Komandan IL ABDB. Turut hadir bagi majlis tersebut ialah Timbalan Komandan IL ABDB, Pegawai Pemerintah dan Memerintah Sub Unit IL ABDB, Pegawai-Pegawai Jemputan, Sarjan Mejar ABDB, Jemputan-Jemputan dan Jurulatih-jurulatih serta peserta kursus. Seramai 61 anggota telah lulus dan berjaya menamatkan kursus yang berlangsung selama 4 minggu bermula 19 Oktober 2020 hingga 13 November 2020.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan diselajurkan dengan bacaan Ayat Suci Al-Quran iaitu Surah An-Nisaa dari ayat 59 hingga 61 oleh salah seorang peserta kursus, 13846 P/PW2 Md Sofian bin Hj Ali.
Dalam majlis tersebut Yang Mulia Tetamu Kehormat telah menyampaikan sijil-sijil kepada peserta kursus dan penuntut-penuntut terbaik; Penuntut Terbaik Keseluruhan disandang oleh 13421 P/PW2 Md Sahrin bin Hj Jumat daripada Tentera Darat Diraja Brunei, Penuntut Terbaik Akademik disandang oleh 21238 P/PW2 Hjh Norhati binti Hj Brahim daripada Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, manakala Penuntut Terbaik Amali disandang oleh 13408 P/PW2 Awg Yahya bin Awg Hj Sulaiman daripada Tentera Darat Diraja Brunei.
Seterusnya Yang Mulia Tetamu Kehormat berkesempatan untuk mennyampaikan ucapan penutup yang menyentuh kepentingan Pegawai Waran sebagai tulang belakang kepada mana-mana organisasi di dalam ABDB. Yang Mulia Tetamu Kehormat juga menyampaikan pesanan dari Yang Mulia Pemerintah ABDB agar semua lapisan kepimpinan di dalam ABDB mempunyai siikap suka berpesan-pesan dan tegur menegur sebagai langkah awal untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini dari terjadi.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh 12853 P/PW2 (L) Mohammad Izam bin Hj Othman dan diikuti sesi bergambar rama bersama Yang Mulia Tetamu Kehormat dan semua yang hadir.


