knppw120.jpgKAMPONG PENANJONG, Hari Jumaat, 30 Oktober 2020 –  Kursus Kemimpinan dan Pengurusan Pegawai Waran Siri 1/2020, Pusat Evolusi, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah mengadakan Aktiviti Kemasyarakatan iaitu Kempen kebersihan dan bergotong-royong bersama ahli masjid kampong Penanjong, Tutong.

Acara tersebut turut dihadiri oleh Yang Mulia Leftenan Zulfakhri bin Awang Ahmad, Pemangku Pegawai Memerintah PE IL ABDB, Pegawai-Pegawai, Guru-Guru dan Jurulatih-Jurulatih PE IL ABDB.
Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Ahli Jawatankuasa Keugamaan dan seterusnya taklimat Keselamatan oleh Ahli Jawatankuasa Keselamatan sebelum acara dimulakan. 
Seramai 61 anggota peserta kursus dan 10 ahli tetap PR Il ABDB telah menghadiri dan seterusnya membuat aktiviti amal dengan membuat kempen kebersihan seperti memotong rumput, menebang pokok dan membersihkan kawasan di sekitar Masjid tersebut. Aktiviti diteruskan dengan sesi interaksi, solat fardhu ‘Asar bersama ahli-ahli Masjid dan diteruskan dengan penyerahan Sumbangan Derma dan Wakaf.
Aktiviti diakhiri dengan sesi bergambar ramai yang terdiri daripada Pemangku Pegawai Memerintah Pusat Evolusi, Pegawai, Jurulatih-jurulatih, ahli-ahli tetap dan peserta Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pegawai Waran siri 1/2020.
knpw320.jpg
knpw420.jpg
knpw220.jpg