pic 1.png

Penanjong Garison, Ahad, 25 Oktober 2020 – Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul SAW 1442 Hijrah, rombongan Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan menghadiri acara Dikir Syarafil Anam di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison. 

Rombongan diketuai oleh Yang Mulia Brigadier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan. Turut hadir  ialah pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan. Rombongan disambut oleh Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) dan Leftenan Kolonel Rudie Asmawi bin Haji Abidin, Pegawai Pemerintah Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei (Bn Bntu TDDB).
Majlis dimulakan selepas sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah serta solat sunat Badi’ah dan diikuti dengan bacaan Yassin dan Tahlil diketuai oleh Imam Surau Al-Hikmah. Selepas sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah, pihak JAMA’AT ABDB memulakan bacaan Dzikir Assalamualaika dan Dzikir Syarafil Anam diikuti oleh Dikir Marhaban daripada jemaah dan rombongan Kementerian Pertahanan dan IL ABDB.
Majlis diteruskan dengan doa Marhaban yang dibacakan oleh Imam surau Al-Hikmah Penanjong Garison, diikuti oleh doa penutup majlis.
pic 2.png
3.png