
Majlis dimulai dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh 18147 Sjn Saifulah bin Awg Alipin. Majlis diteruskan dengan Upacara Menandatangani Sijil Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Jurulatih IL ABDB. Diikuti dengan bacaan Doa Selamat sebagai menutup tirai majlis pada petang ini.
Leftenan Kolonel Rudie Asmawi memegang jawatan sebagai Ketua Jurulatih Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei mulai dari 11 November 2018 dan seterusnya memegang jawatan sebagai Pegawai Memerintah Battalion Bantu mulai 1 September 2020. Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei menghargai segala usaha dan komitmen yang dicurahkan demi menjayakan misi dan visi Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei secara amnya dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei khasnya.
