
Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman, Komandan Institut Latihan ABDB. Turut menyaksikan bagi Majlis tersebut Pegawai-Pegawai Jemputan, Pegawai Waran dan PTB-PTB Kanan IL ABDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Pegawai Waran 1 Sunnie daripada JAMA’AT Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison. Seterusnya adalah penyampaian pangkat kepada penerima-penerima pangkat yang diraikan. Seramai 08 anggota PTB-PTB Kanan yang diraikan. 03 anggota menerima pangkat Tetap Pegawai Waran 1, 02 anggota menerima pangkat Pemangku Pegawai Waran 1, 01 anggota adalah penerima pangkat Pemangku Pegawai Waran 2 dan 02 anggota adalah penerima pangkat Pemangku Staf Sarjan.
Majlis diteruskan dengan sesi bergambar ramai yang terdiri daripada Komandan, Pegawai- Pegawai Jemputan Sarjan Mejar Regimen IL ABDB, PMC Mes dan PTB-PTB Kanan yang diraikan. Seterusnya menikmati jamuan dan menandatangani lembaraan kenangan.



