
Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman, Komandan Institut Latihan ABDB. Turut menyaksikan bagi Majlis tersebut ialah Pegawai-Pegawai Kanan Institut Latihan ABDB, Pegawai-Pegawai Institut Latihan ABDB, Pegawai Waran dan PTB-PTB Kanan Institut Latihan ABDB.
Seramai 13 anggota telah dinaikkan pangkat; 03 anggota ke pangkat Pegawai Waran 2 Tetap, 01 anggota ke pangkat Pemangku Pegawai Waran 2, 5 anggota ke pangkat Staff Sarjan Tetap dan 4 anggota ke pangkat Pemangku Staff Sarjan.
Majlis kenaikan pangkat dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh PW1 (U) Mohammad Sunni dari JAMAAT Al-Hikmah Penanjong Garison dan seterusnya penyampaian pangkat oleh Tetamu Kehormat.
Majlis diteruskan dengan sesi bergambar yang terdiri daripada Komandan, Pegawai-Pegawai dan anggota yang diraikan dan seterusnya menikmati jamuan.
Ke pangkat Pegawai Waran 1 Tetap (PW1):
13974 P/PW2 Mardini bin Haji Kassim
14065 P/PW2 Mohamad Azman bin Hj Zainal
21185 P/PW2 Ummi Nazrah binti Hj Chucu
Ke pangkat Pemangku Pegawai Waran 2 (Pmk PW2):
13751 SSjn Marzan bin Sinjan
Ke pangkat SSjn Tetap:
11275 P/SSjn Besar bin Dukong
14218 P/SSjn Hj Shahminan bin Hj Jumahat
14264 P/SSjn Norasizam bin Jahari
15215 P/SSjn Md Alizam bin Hj Salleh
21306 P/SSjn Rosziah binti Napiah
Ke pangkat Pemangku SSjn:
13588 Sjn Hj Hasrulizan bin Hj Gana
15541 Sjn Hardine bin Kahar
16512 Sjn Md Herman bin Ahmad
17640 Sjn Abdul Hafiz bin Hj Abd Jalil


