AWL TAHUN 3.jpegPENANJONG GARISON, Rabu, 19 Ogos 2020 – Majlis Membaca Doa Akhir Tahun 1441 Hijrah dan Awal Tahun 1442 Hijrah peringkat Penanjong Garison telah diadakan di Surau Al-Hikmah Penanjong Garison pada petang ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Aldi bin Haji Hassan, Timbalan Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan juga Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, PTB-PTB Kanan, PTB-PTB Rendah dan anggota rekrut.
Majlis tersebut dimulakan dengan Doa Akhir Tahun 1441 Hijrah yang dikepalai oleh Imam Syakir Farhan bin Haji Omar, Imam Surau Al-Hikmah Penanjong Garison. Majlis diteruskan dengan menunaikan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah, bacaan Doa Awal Tahun 1442 Hijrah dan seterusnya Sembahyang Sunat Hajat. 
Majlis tersebut telah diadakan mengikut garispandu yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi mengawal penyebaran COVID-19.
Tema Sambutan Awal Tahun 1442 Hijrah ialah “Generasi Berilmu, Beramal dan Berakhlak Memacu Pembangunan Umat”.
AWL TAHUN.jpeg
AWL TAHUN 2.jpeg
AWL TAHUN 1.jpeg