
Yang Mulia Kolonel Shafiee bin Haji Durahman, Komandan IL ABDB berkenan menjunjung Yang Mulia Pemerintah ABDB di sepanjang lawatan berlangsung. Lawatan dimulakan dengan taklimat daripada Pegawai Penguasa Padang Tembak, Mej Hafidz. Selesai taklimat, Yang Mulia Pemerintah ABDB dibawa melawat padang tembak yang sedang diubahsuai. Tujuan lawatan tersebut adalah sebahagian daripada persiapan bagi Perlawanan BISAM & AARM yang akan berlangsung pada bulan September dan November nanti.
Selesai lawatan, Yang Mulia Pemerintah ABDB dan rombongan dipelawa untuk menyertai acara menembak novelti carbine dan pistol. Lawatan tersebut disudahi dengan acara makan tengah hari di Mes Pegawai Penanjong Garison.



