WhatsApp Image 2020-03-07 at 6.40.20 AM (2).jpegPENANJONG GARISON, Jumaat, 6 Mac 2020 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan sesi kuliah subuh bertempat di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison.

Kuliah subuh pada bulan ini telah disampaikan oleh Ustaz Ak Qamarussalihin bin Pg Md Saifuddin, penceramah undangan lepasan dari Universiti Al-Azhar, Mesir yang bertugas sebagai Pegawai Ugama di Program Khidmat Bakti Negara.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Kolonel Mohammad Shafiee bin Hj Duraman, Komandan IL ABDB. Acara telah dimulakan dengan menunaikan sembahyang fardhu Subuh berjemaah dan diikuti dengan penyampaian ceramah yang bertajuk “Menjayakan Wawasan Negara dengan Mempertahankan Kedaulatan Negara”. Diantara isi kandungan ceramah menerangkan mengenai aspirasi negara dalam menjayakan wawasan negara 2035 mengikut perspektif Islam.
Turut hadir ialah Lt Kol Aldi bin Hj Hassan, Timbalan Komandan IL ABDB , pegawai-pegawai kanan, serta pegawai-pegawai, anggota-anggota IL ABDB, peserta-peserta kursus serta rekrut-rekrut.
WhatsApp Image 2020-03-07 at 6.40.20 AM (2).jpeg
WhatsApp Image 2020-03-07 at 6.40.20 AM (1).jpeg
WhatsApp Image 2020-03-07 at 6.40.21 AM.jpeg
WhatsApp Image 2020-03-07 at 6.40.20 AM.jpeg