
Seramai 72 anggota Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) turut ikut serta dalam acara Riadah Berbasikal Semangat Kebangsaan yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-36.
Acara riadah Bandarku Ceria telah dimulakan dengan Program Masjidku Makmur, Negara Berkat dengan tazkirah yang bertajuk ‘Jadilah hamba yang bersyukur bersempena dengan Hari Kemerdekaan’ yang telah disampaikan oleh Dr Haji Ismuhadi bin Haji Abdullah dari Pusat Dakwah Islamiah.
Peserta riadah berbasikal mengelilingi Bandar Seri Begawan sejauh 11.5 kilometer dan melalui beberapa jalan utama dan bangunan bersejarah di Bandar Seri Begawan.

