majlis pembukaan rasmi ghurfah sogirotul islam 3.jpegPenanjong Garison, Selasa 25 hb Februari 2020 – Cawangan Latihan Kerani (CLKerani), Sekolah Pertukangan Tentera IL ABDB (SPT IL ABDB) telah mengadakan Majlis Pembukaan Rasmi Ghurfah Soghiratul Islam bagi Projek Amal Kursus Kerani Lanjutan Siri 2/2019 bertempat di Bilik Serbaguna Cawangan Latihan Kerani. 

Majlis Pembukaan Rasmi tersebut telah disempurnakan oleh 983 Kapten Majidah binti Haji Sidek, Ketua Cawangan Latihan Kerani (CLK) Sekolah Pertukangan Tentera IL ABDB (SPT IL ABDB) selaku Tetamu Kehormat majlis.
Pengerusi bagi majlis tersebut, 18430 Kpl Mohd Jannatul bin Hj Mohd Hussin dalam ucapan beliau telah menyentuh tentang objektif untuk menghasilkan Kerja Amal bagi peserta Kursus Kerani Lanjutan Siri 2/2019 adalah bagi mendapatkan amalan Jariah yang berpanjangan dan ianya juga secara tidak langsung akan menjadi ristaan bagi peserta kursus yang akan datang. 
Projek Amal ini adalah merupakan tanggungjawab yang diberikan kepada semua peserta kursus untuk dilaksanakan dengan jayanya serta ianya juga memberikan satu contoh kepada peserta-peserta kursus yang akan datang nanti. Sebelum projek Amal ini dilaksanakan beberapa perkara perlu dihasilkan seperti Kertas Kerja, Peninjauan, Perlantikan Ahli Jawatankuasa dan Permesyuaratan telah diberikan secara tidak langsung telah memberikan pendedahan kepada peserta berkenaan dengan pelajaran-pelajaran yang dipelajari semasa berkursus.
majlis pembukaan rasmi ghurfah sogirotul islam 4.jpeg
majlis pembukaan rasmi ghurfah sogirotul islam 2.jpeg

majlis pembukaan rasmi ghurfah sogirotul islam.jpeg
majlis pembukaan rasmi ghurfah sogirotul islam 3.jpeg