
Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos, Setiausaha Tetap (Media dan Kabinet), Jabatan Perdana Menteri telah dipilih selaku Pegawai Menerima Tabik Hormat bagi Upacara Perbarisan Tamat Latihan edisi kali ini. Semasa upacara tersebut, Pegawai Menerima Tabik Hormat telah memeriksa perbarisan, dan menyampaikan anugerah-anugerah kepada jurulatih-jurulatih dan rekrut-rekrut yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang di sepanjang latihan dijalankan.
Penerima-penerima anugerah bagi Pengambilan Rekrut Lelaki ke-165 adalah seperti berikut: 15445 Sarjan (U) Hamdy bin Tujoh dinobatkan sebagai Platun Sarjan Lelaki Terbaik; 19317 Koperal (U) Abdul Qawi bin Duraim telah menerima anugerah Jurulatih Lelaki Terbaik; 53424 Rekrut (L) Muhd Khairul Safwan bin Abdul Karim sebagai Rekrut Lelaki Terbaik Keseluruhan; 53490 Rekrut (U) Awangku Arsyad Muazzam bin Pengiran Ahmad bagi Rekrut Terbaik Senjata Ringan; manakala 53387 Rekrut Muhd Afifi bin Ramli memperolehi Latihan Jasmani Terbaik; dan 53446 Rekrut (L) Md Nur Arif bin Haji Zabidi bagi Kemahiran Tentera Terbaik.
Turut hadir ialah Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB; Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Pengarah-pengarah, Komandan-komandan, pegawai-pegawai, anggota-anggota ABDB dan ibubapa serta keluarga.





