Penanjong Garison, Isnin, 03 Februari 2020 – Yang mulia, Kolonel Mohammad Shafiee bin Hj Duraman, Komandan Institut Latihan (IL) Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menghadiri sesi bersama 28 peserta Junior Officers Tactic Course (JOTC) 2019/2020 bertempat di Mes Pegawai, Penanjong Garison.
Turut hadir bersama tetamu kehormat, Mejar Haji Mohd Airul Wizam bin Haji Ahmad, Pemangku Pegawai Pemerintah Sekolah Infantri dan Mejar Amiza binti Haji Zainal Abidin, Pegawai Pentadbir Cawangan Pendidikan Pegawai, Sekolah Infantri, IL ABDB.
Semasa sesi tersebut, Yang Mulia Komandan telah menekankan bahawa ilmu pengetahuan dan kualiti adalah penting bagi setiap pegawai dalam membuat sesuatu keputusan yang mana disiplin membentukkan keperibadian seseorang dan manakala taqwa adalah kunci utama dalam mencari keseimbangan dalam kehidupan.
Sesi bersama Komandan berakhir dengan doa penutup dan makan tengah hari bersama peserta kursus JOTC 2019/2020.



JOTC 2019/2020 Course Participants Holds Talk with Commandant TI RBAF.
Penanjong Garisson, Monday, 03 February 2020 – Colonel Mohammad Shafiee bin Hj Duraman, the Commandant of the Training Institute Royal Brunei Armed Force attended a talk with the 28 participants of the Junior Officers Tactic Course (JOTC) at the Officer’s Mess, Penanjong Garisson.
Also present were Major Haji Mohd Airul Wizam bin Haji Ahmad, Acting Commanding Officer of School of Infantry (SOI) and Major Amiza binti Haji Zainal Abidin, Admin Officer, Officers’ Development Wing, SOI TI RBAF.
During his talk, Colonel Shafiee emphasised on the qualities of an officer – that individual knowledge makes accurate decisions, discipline creates character and piety is the key to finding balance in our everyday life.
He also highlighted the importance of RBAF officers to be knowledgable and maintain the standards and bearing expected of an RBAF Officets. The talk ended with the recital of doa and lunch with the JOTC course participants.