
Kursus ini dikendalikan selama 2 minggu bermula pada 13 hingga 24 Januari 2020. Objektif kursus ini diadakan adalah untuk mempertingkatkan nilai tambah pengetahuan di dalam bidang Perakaunan Tentera ABDB. Kursus ini juga adalah salah satu kursus mandatori yang mesti dihadiri oleh pegawai-pegawai dan PTB Kanan bagi memastikan pengurusan perakaunan di unit ABDB dilaksanakan dengan lebih efektif dan produktif. Tetamu Kehormat dalam ucapannya menyeru agar peserta kursus akan menggunakan peluang yang diberikan dengan sebaiknya.
