
Turut serta dalam kempen tersebut ialah Ketua Cawangan Kursus Kepimpinan dan Pengurusan, jurulatih-jurulatih, guru-guru, ahli tetap Pusat Evolusi dan juga 53 orang peserta kursus tersebut.
Kempen tersebut adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sekaligus menjaga alam sekitar kawasan Pantai Penanjong Garison. Sebelum memulakan aktiviti kempen kebersihan, taklimat keselamatan telah disampaikan oleh 12215 Pw1 Jaidi Bin Abd Rahman. Aktiviti kemasyarakatan kempen kebersihan ini mengambil masa selama 1 jam 30 minit bermula dari jam 1430 petang hingga 1600
