ksm1.jpgPENANJONG GARISON, KHAMIS, 05 Disember 2019 -   Upacara Perbarisan Tamat dan Penutup Kursus Kompeni/Skuadron Sarjan Mejar Sesi 2019 telah berjalan dengan lancar dan sempurna.   Seramai 19 anggota telah menamatkan kursus tersebut yang terdiri daripada Tentera Darat Diraja Brunei seramai 7 anggota manakala 5 anggota daripada Kementerian Pertahanan. 2 anggota daripada Tentera Udara Diraja Brunei, 5 anggota dariapada Institut Latihan ABDB. Kursus ini berjalan selama 8 minggu yang dikendalikan oleh Cawangan Latihan Kawad, Sekolah Infantri Institut Latihan ABDB.   Ianya adalah salah satu kursus mandatori yang wajib dihadiri PTB Kanan  yang berpangkat Sarjan membawa ke pangkat Pegawai Waran II khasnya daripada unit Tentera Darat Diraja Brunei.

Hadir selaku Tetamu Kehormat iaitu 668  Mejar Haji Mohammed Airul Wizam bin Haji Ahmad, Timbalan Pemerintah Sekolah Infantri, Institut Latihan ABDB.
Turut hadir di Upacara Perbarisan Tamat Kursus ialah Pegawai-pegawai jemputan daripada unit angkatan tentera, Sarjan Mejar Rejimen, Garison Sarjan Mejar, Sarjan Mejar Kawad serta PTB-PTB Kanan.  Perbarisan Tamat Kursus ini telah diadakan bertempat di Padang Kawad Sekolah Infantri, Institut Latihan ABDB dengan pertunjukan Kawad Kaki dan Kawad Tongkat daripada peserta kursus.
Seramai tiga orang penuntut telah terpilih sebagai Penuntut Terbaik dalam kategori masing-masing.  Penuntut Terbaik Bahagian Teori disandang oleh 15521 SSjn (U) Md Shahrin bin Hj Saripudin daripada Jabatan Agama ABDB dan Penuntut Terbaik Bahagian Amali disandang oleh 14704 Sjn Fadli bin  Mohammad daripada Institut Latihan ABDB manakala 13302 SSjn Pg Zainal Ariffin bin Pg Tejudin telah terpilih sebagai Penuntut Terbaik Keseluruhan bagi Kursus Kompeni/Skuadron Sarjan Mejar Sesi 2019. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua sekali peserta Kursus kerana telah berjaya menamatkan kursus ini dengan jayanya dengan memperolehi seratus peratus lulus.   
ksm1.jpg
ksm4.jpg

ksm2.jpg

ksm3.jpg

ksm5.jpg