PENANJONG GARISON, ISNIN 25 NOVEMBER 2019 –,
Sekolah Rendah Binturan Tutong, Kluster 5, Penanjong Garison telah mengadakan
Majlis Apresiasi
Pelajar bagi tahun 2019 bagi menzahirkan tanda penghargaan dan tahniah kepada semua
pelajar-pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun 2019.

Tetamu kehormat bagi acara tersebut ialah
Yang Mulia 
Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB).
Majlis tersebut dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan dari semua
pelajar-pelajar dan diteruskan dengan ucapan dari Guru Besar
Sekolah Rendah Binturan Tutong, yang mana beliau mengungkapkan tahniah serta syabas kepada
pelajar-pelajar yang memperolehi keputusan yang
cemerlang dan mengharapkan agar
pelajar-pelajar lain akan dapat mengikut jejak langkah pelajar-pelajar cemerlang dan meningkatkan lagi mutu pembelajaran di masa akan datang. Seterusnya Tetamu Kehormat menyampaikan sijil kepada penerima
sijil-sijil pelajar cemerlang yang mana
anugerah bagi Pelajar Cemerlang Rendah Bawah 2019 adalah seramai 18 orang,  Pelajar Cemerlang bagi Rendah Atas seramai 12 orang serta
anugerah-anugerah bagi pelajar yang cemerlang 
ko-korikulum sekolah adalah seramai 16 orang.
Majlis tersebut juga diserikan dengan persembahan nyanyian koir dan
drama muzikal serta diakhiri dengan sesi bergambar ramai bersama Tetamu Kehormat.