
Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman, Komandan Institut Latihan ABDB. Turut menyaksikan bagi Majlis tersebut ialah Pegawai-Pegawai Kanan Institut Latihan ABDB, Pegawai-Pegawai Institut Latihan ABDB, Pegawai Waran dan PTB-PTB Kanan Institut Latihan ABDB.
Seramai 13 anggota telah dinaikkan pangkat; 2 anggota ke pangkat Pegawai Waran 1 Tetap, 02 anggota ke pangkat Pemangku Pegawai Waran 2, 03 anggota ke pangkat Staff Sarjan Tetap dan 06 anggota ke pangkat Pemangku Staff Sarjan.
Majlis kenaikan pangkat dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Imam Muhd Syakir Farhan dari Surau Al-Hikmah Penanjong Garison dan seterusnya penyampaian pangkat oleh Tetamu Kehormat.
Majlis diteruskan dengan sesi bergambar yang terdiri daripada Komandan, Pegawai-Pegawai dan anggota yang diraikan dan seterusnya menikmati jamuan.
Ke pangkat Pegawai Waran 1 Tetap (PW1):
12634 Pmk PW1 (SMR) Sahrol
12215 Pmk PW1 Jaidi
Ke pangkat Pemangku Pegawai Waran 2 (Pmk PW2):
14801 SSjn Kairul
15287 SSjn Md Saiful Rizal.
Ke pangkat SSjn Tetap:
12903 Pmk SSjn Norazmi,
13918 Pmk SSjn Wadi
21030 Pmk SSjn Sufinah
Ke pangkat Pemangku SSjn:
15222 Sjn Hazman
16953 Sjn Abd Hadi
16955 Sjn Pg Amirrul Huzainie
21245 Sjn Masdinawati
21250 Sjn Kamalianna
21385 Sjn Nur Atiqah




