PENANJONG GARISON, KHAMIS 31 OKTOBER 2019 – Sesi Muzakarah bersama Yang Mulia Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) bersama peserta kursus Pusat Evolusi telah diadakan pada petang Khamis bertempat di Dewan Nikmat, Penanjong Garison.
Sesi tersebut telah dihadiri seramai 118 anggota dan telah dimulakan dengan mukaddimah daripada Yang Mulia Komandan IL ABDB. Di antara pengisian dalam sesi tersebut adalah menyentuh mengenai tanggungjawab dalam memelihara imej ABDB, urus tadbir kebajikan anggota-anggota yang dipimpin, kepentingan meningkatkan ilmu pengetahuan dan mempunyai tahap disiplin yang cemerlang.
Sesi muzakarah tersebut telah diakhiri dengan sesi soal jawab di antara peserta-peserta kursus bersama Yang Mulia Komandan IL ABDB.

